Keadaan Sidang DUN semalam. 10 ADUN tiada dalam dewan kerana
dakwa diancam bunuh
dakwa diancam bunuh
Sepuluh ADUN Barisan Nasional yang memulaukan DUN Terengganu - susulan rasa terancam dengan mesej ugutan - semalam hadir di persidangan hari ini seperti diarahkan oleh perdana menteri.
Tiga daripada mereka awal pagi semalam membuat aduan polis apabila menerima mesej SMS berbunyi: "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".
Ugutan tersebut, didakwa daripada seorang pegawai kanan kerajaan negeri, dipercayai berkaitan dengan ura-ura membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid, Zakaria Abdullah (Paka) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) kembali menghadiri hari terakhir persidangan yang bermula Isnin walaupun pada awalnya bertegas tidak mahu berbuat demikian atas alasan keselamatan nyawa masing-masing.
Selain mereka bertiga, turut hadir: Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).
Walaupun menafikan berniat membawa usul undi tidak percaya terhadap menteri besar, kumpulan ini tetap mendakwa mereka hilang keyakinan terhadap Ahmad.
No comments:
Post a Comment