MAKLUMAN &PROMOSI HEBAT MUSLIM PACKAGE


Ingin melancong ke Padang- Bukit Tinggi Indonesia. Ayuh pendaftaran kini dibuka. Harga promosi & istimewa menanti anda. Tawaran Pakej Emas, Padang-Bukit Tinggi akan diberikan kpd 30 orang yg mendaftar awal. Berapa??? Hubungi sy 016-3359234.

Promosi Telekung Sutera Sulaman Tangan Gred (A) beli terus dari Bandung Indonesia utk myambut Ramadhan & Aidulfitri. Tawaran harga Borong,Hanya RM85spsg. Pasaran di M'sia sekitar RM180-RM280 spsg. Kami hanya menerima 30psg tempahan shj. Tarikh tutup tempahan sebelum 27 Jul 2010. Hubungi segera 0163359234. Kini sudah 13... psg tempahan diterima. Kami akan ke Bandung pada 29 Jul - 01 Ogos 2010. Call us now. TK


Thursday, April 30, 2009

HARIMAU YANG BERIMAN


Alkisah...
Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat.


Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam
semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh keatas batu danKRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. inibukanlah berita buruk
ok. Ada lagi ..

Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangka dia dah tak boleh bergerak lagi.

'Ya Allah,' doa lelaki tersebut,'Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah..makbulkan hajat ku ini ..jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman..tolong ya Allah!
Aminnn..'

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.
Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, 'Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Aminn..'

LAWAK MINGGU INI



Kisah kali ini berkisar mengenai kod juga tapi bukan kod HTML macam posting yg lepas2... kali ini kita pakai kod iklan.... aku agak tuan Al-Banjari terer pasal kod ni...
Nak tau cerita seterusnya.... jom.... mula2 Login ke Blogger..Oooppsss... x payah login baca jer.....

Mak Minah dan pak Mat ada 4 org anak pompuan yg sgt disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Pada suatau hari kedua mereka berpakat utk kawinkan anak mereka ni serentak.
Selepas selamat diijabkabulkan, ke empat2 anak tu pun bercadang utk pergi honeymoon. Siti pegi ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sblm pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aje dah cukup (ringkas padat dan cepat)." Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.


Maka berangkatlah ke empat2 anak Mak Minah dan Pak Mat bersama suami masing2 ke lokasi honeymoon sepertimana yg telah dirancangkan. Seminggu lepas tu Mak Minah dan Pak Mat terima surat dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered'. Tercari2lah kedua merak iklan 'Standard Chartered' dan bila terjumpa tersenyum ke duanya membaca iklan yg bertulis "Besar, Teguh, Peramah." Bahagialah Siti rupanya.

esoknya terima pula surat dari Suri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan 'Nescafe' dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yg bertulis "Nikmat hingga ke titisan yang terakhir..." Bahagilah Si Seri rupanya.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat dari Murni bertulis 'KFC'. Yang ni Pak Mat dan Mak Minah tak payah cari meraka memang tahu benar sbb selalu beli KFC iklannya bertulis "Hingga menjilat jari..." Senyum lagi meraka. Berbahagialah Si Murni.

Seminggu berlalu tiada surat dari Suri. Mak Minah dan Pak Mat dah risau. apa yang terjadi pada Suri? Tak apa merak cuba bersabar lepas dua minggu... masih belum sampai surat dari Suri. Taka apa tunggu lagi...sabor...sabor... kata Pak Mat pada Mak Minah. Masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya 'AIR ASIA'. Bergegaslah Mak Minah dgn Pak Mat mencari iklan penerbangan tu sebab tak sabar nak tau apa jadi pada anak bongsunya.

Bila jumpa ajer iklan tu... terkulat2 kedua2nya tak terkata apa, tak tau nak senyum ka nak nangis.....

Motto iklan 'AIR ASIA'...........

"7 KALI SEMINGGU... 3 JAM SEKALI... NON-STOP!!"

Wednesday, April 29, 2009

TUAN GURU

Tuesday, April 28, 2009

AKU PUN BEGITU

AKU RASAKAN DIA SEPERTI BAPA..

Bacalah dengan jiwa yang tenang

Bacalah dengan jiwa yang tenang

Sebentar tadi , saya menerima signal dari sidebar blog saya bahawa terdapat satu artikel baru yang ditulis oleh Al Fadhil Ustaz Nik Abduh setelah sekian lama beliau tidak menulis .

Saya kurang periksa akan sebab kenapalah beliau akhir - akhir ini terlalu jarang sekali menulis . Namun apa yang saya yakin , penulisan adalah satu dari kegemaran beliau dan setiap kali beliau menulis , kandungannya cukup berkesan dan berbekas .

Saya doakan agar sahabat saya ini senantiasa dikurniakan kelapangan untuk menulis dan menyebarkan fikrah Islami yang jelas dan baik kepada ummah . Kami diluar senantiasa merinduinya .

Terkini sahabat boleh baca tulisan Al Fadhil ustaz Nik Abdul melalui link yang telah saya paparkan disini . Baca dengan tenang dan hayati setiap patah kalimah . Alfun Mabruk kepada Ustaz Nik !

Monday, April 27, 2009

Ni Binatang Apa Pulak Ni ?

Tengok iklan gila dekat bawah ni... dunia makin maju, kepala otak manusia makin mundur. yang pakai tudung dok promosi bomoh nombor ekor. bangang tak abis-abis... nak marah pun tak boleh sebab ada mufti pun, dok sibok berpolitik.


Fatwa ke apa ke cuma keluar untuk back-up parti pemerintah, untuk kembangkan lagi pemahaman orang ramai terhadap Islam letak belakang. yang penting "Selamatkan Melayu"... Islam dok dalam tong sampah tak kisah.

Jadi tak heran kalau makin hari makin banyak poduk macam ni keluar dekat Malaysia... apa nak heran? Mufti peduli ape? ala... ada ajaran sesat pun tak leh nak setel. berape tahun dah?

Kalau hal pembangkang, matahari belum naik tau-tau dah kedalam. kalau hal pembangkang, belum habis ceramah, berita dah keluar dekat TV... aik... cepat pulak?

31 Mei Mengundi Di Penanti - malaysiakini



Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon jatuhnya pada 23 Mei, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas ADUN PKR itu bagaimanapun tidak diseret ke mahkamah kerana SPRM tidak mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian.

Friday, April 24, 2009

RAYUAN BUAT MUFTI PERAK, BERTINDAKLAH...

Rayuan buat Mufti Banjarku..ulun handak bapadah !

Salam buat Dato' Seri Dr SS Haji Harussani bin Zakaria Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan. Dato' Seri..tinggal beberapa jam sahaja lagi satu program budaya mungkar akan berlaku di dalam Pengkalan TLDM Negeri Perak. Apa cerita ?

Apakah Dato Seri tidak tahu akan program ini... saya dan penduduk daerah Seri Manjung ingin memaklumkan kami yang cintakan Islam sebagai Addin dan takutkan bala Allah bila-bila saja boleh berlaku.

Dato' Seri.. Saya dan penduduk Islam Manjung tidak mempunyai kuasa, tidak mempunyai autority untuk bersuara yang kami tidak suka budaya mungkar ini..Bahkan anggota TLDM yang menetap dalam Pengkalan TLDM itu sendiri pun tak suka akan program tersebut. Justeru itu kami memohon pada Dato Seri, bersuaralah akan hal program tersebut.. beritahulah pemerintah akan program mungkar ini adalah tidak ada dalam ajaran Islam.

Dato' Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato' Seri bersuara sewaktu program ini berlaku pada tahun 2007 dahulu di Bandaraya Ipoh. Dato' Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato Seri bersuara bila Dato Seri IR Nizar bin Jamaludin bekas MB Perak yang mohon Sembah Derhaka kepada Paduka Sultan Perak. Dato' Seri.. Bersuaralah sebagaimana Dato Seri bersuara bila ada manusia bernama Nga Khor Meng yang ingin mendekati Islam dengan membaca Al-Quran.

Dato' Seri, Saya dan penduduk Islam Seri Manjung tidak mahu derhaka pada Allah S.W.T. Hanya ini sahaja yang kami mampu lakukan. Hanya ini sahaja tempat kami menyatakan rasa bencinya kani akan program tersebut. Moga-moga Allah S.W.T memahami niat kami. AMIN YA RAB BAL ALAMIN. (artikel asal dari bro ManjungMari)

Astro Lambang Kemewahan..! - malaysiakini

KUALA LUMPUR: Tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menarik semula bantuan kepada orang kurang upaya (OKU) hanya kerana di rumah mereka terdapat televisyen dan Astro disifatkan sebagai satu tindakan keterlaluan.

Berikutan itu, seramai 15 OKU berkumpul di hadapan pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini untuk bertemu Menterinya, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi meluahkan rasa tidak berpuas hati mereka berhubung tindakan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, semua peserta bantahan terbabit memegang sepanduk sambil melaungkan ‘kami mahukan pembelaan...jangan tindas kami’ kira-kira 10 minit di hadapan bangunan itu sebelum bergerak masuk.

Pengerusi Persatuan Badan Latihan dan Hidup Berdikari, G Francis Siva, berkata pihaknya amat terkilan dengan tindakan itu dan ia satu diskriminasi kepada mereka yang tidak berupaya.

“Hanya kerana kami memiliki Astro dan televisyen mereka mahu menarik semula bantuan yang disalurkan selama ini. Ini adalah tindakan mengarut dan lebih kepada penindasan.

TPU - Kah kah kah kah kah...!!! 1Malaysia...!!!

Sape ade Tiwi ada Astro - Kaya..! tak layak dapat bantuan..!

Sape tak de Tiwi tak de Astro - Orang ini susah... boleh dapat bantuan..!

Kah kah kah kah kah...!!!

Ini sudah bagooosss... kejap lagi semua boleh jual Tiwi dan tamatkan perkhidmatan Astro, lepas tu pakat-pakat mintak bantuan (OKU sahaja) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat...

Kalau permohonan kena tolak, boleh hempuk Syarizat dengan kuali Astro..! kah kah kah kah kah..!

Monday, April 20, 2009

Pemuda UMNO Edar Pil Ecstacy Di Betong, Thailand

Pemuda UMNO Edar Pil Ecstacy Di Betong, Thailand.

Berita yang tak akan disiarkan dalam mana-mana media perdana sampai bila-bila...

Jumaat lepas (10hb. April, 2009)… 4 orang Ahli UMNO dari komponen Pemuda Umno Bahagian Grik telah ditangkap oleh polis Thailand di Betong kerana mengedar pil Ecstacy. Dua daripada mereka merupakan AJK Pemuda Umno Grik manakala dua lagi merupakan ahli biasa.

Mereka ditangkap di pekan Betong, Thailand dan ditahan disebuah lokap polis dipekan tersebut.

Pada hari Ahad minggu lepas iaitu pada12hb. April, 2009 , Ketua Umno Bahagian Grik, DS Tajol Rosli bersama dengan Ketua Penerangan Umno Bahagian telah pergi ke Balai Polis Betong untuk menjamin pemuda-pemuda tersebut.

Sejumlah wang diperlukan untuk membebaaskan pemuda-pemuda tersebut dan Tajol Rosli telah membayar sejumlah RM60,000.00 bagi mendapatkan pembebasan mereka.

Menurut sumber-sumber dari mereka yang bertugas di IPD Gerik, kegiatan pemuda-pemuda Umno menyeludup pil Ecstacy dengan menggunakan van Umno bahagian telah lama dipantau, tetapi disebabkan kekebalan Umno dalam melanggar undang-undang menyebabkan tiada siapa yang berani mengambil tindakan.

Maka dengan itu polis Gerik telah bertindak untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada rakan mereka di Thailand.

sumber berita dari Perisik Grik.

TPU - ni kalau kene tang maana-mana ahli komponen Pakatan Rakyat, memang media perdana canang gila-gila sampai PRU-13... tapi sebab kena tang batang hidung UMNO, maka berita ni didiamkan... pakai senyap terus la... Long Live Democrazy..!

Wednesday, April 15, 2009

10 wakil BN kembali ke DUN T'ganu


Keadaan Sidang DUN semalam. 10 ADUN tiada dalam dewan kerana
dakwa diancam bunuh


Sepuluh ADUN Barisan Nasional yang memulaukan DUN Terengganu - susulan rasa terancam dengan mesej ugutan - semalam hadir di persidangan hari ini seperti diarahkan oleh perdana menteri.

Tiga daripada mereka awal pagi semalam membuat aduan polis apabila menerima mesej SMS berbunyi: "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".

Ugutan tersebut, didakwa daripada seorang pegawai kanan kerajaan negeri, dipercayai berkaitan dengan ura-ura membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid, Zakaria Abdullah (Paka) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) kembali menghadiri hari terakhir persidangan yang bermula Isnin walaupun pada awalnya bertegas tidak mahu berbuat demikian atas alasan keselamatan nyawa masing-masing.

Selain mereka bertiga, turut hadir: Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Walaupun menafikan berniat membawa usul undi tidak percaya terhadap menteri besar, kumpulan ini tetap mendakwa mereka hilang keyakinan terhadap Ahmad.

Friday, April 10, 2009



Malam ni kita pakat2 berbicara secara santai. buat andaian tentang perubahan yang bakal dilakukan oleh menteri2 kabinet yang dilantik oleh najib. catatan ini bukan hasutan atau fitnah, jadi korang tak payah nak sumbat ana kat ISA.


Menteri Kewangan - Naikkan elaun untuk laki tersayang dan mengatakan duit negara duit aku, duit aku, duit aku laaa...

Menteri Pelajaran - Menambah subjek ketuanan melayu sebagai subjek wajib

Menteri Pengangkutan - Menaikkan kadar tambang dan menggalakkan rakyat menggunakan kenderaan awam padahal pak menteri sendiri tak tau macammana bentuk bas dan komuter

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi - Menyediakan lebih banyak pinjaman dengan kadar bayaran balik 100%

Menteri dalam negeri - Menambah lebih banyak pusat tahanan tanpa bicara dan Membeli semua media arus perdana, mengharamkan penggunaan internet untuk tujuan politik pihak pembangkang

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan - melatih setiap kakitangan apabila berhujah air liur tidak bersembur

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah - Mengambil tanah2 penduduk kampung dengan alasan utk pembangunan

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri - memalsukan lebih banyak AP

Menteri sains, teknologi dan inovasi - Membuat program penjelajahan ke Matahari sambil melancong ke angkasa

Menteri pelancongan - zoom sana zoom sini, tahun melawat malaysia n bla bla bla.... menteri sendiri pi melancong luar negara

Menteri pertanian dan asas industri - mengadakan program lawatan ke luar negara dengan membawa lebih ramai jemaah menteri utk melihat hasil pertanian negara luar padahal kos yang digunakan boleh dibuat modal tanam anggur

Menteri pertahanan - Melelong semua senjata2 yang digunakan sekarang termasuk C4 dan menukarkannya dengan KERIS

Menteri kerja raya - Menteri yang banyak melepak, hanya bekerja sekiranya berlaku pilihanraya.(projek mee segera)

Menteri kesihatan - menambahkan jarum suntikan dan kondom utk penagih serta memberi dadah secara percuma. untuk rakyat, kos perubatan dinaikkan kepada RM10. habaq sana sini hospital kita bagus, dia sendiri bila sakit masuk Specialist

Menteri belia dan sukan - menghantar lebih ramai wakil2 yang tak berkaitan dan adik beradik berbanding atlit ke sesebuah temasya sukan

Menteri sumber manusia - menggalakkan kilang2 membuang pekerja asalkan kilang tak rugi

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan - meluluskan permohonan pembinaan kondo dan banglo sahaja

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat - menggalakkan lebih ramai anak2 gadis meniru budaya barat, tak nikah anak bersepah.

HARI PEMBUANGAN UNDI PRK BUKIT GANTANG (07hb April 2009)


Pada kebiasaan sebelum ini, sekiranya berlaku peningkatan keluar mengundi dalam satu-satu pilihanraya, PAS akan kalah, tetapi keadaan ‘terbalik’ berlaku pada pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang (PRKBG), 7 April, Selasa lalu.

Peningkatan sebanyak 2.5% keluar mengundi, daripada 72.6% pada pilihanraya umum ke 12 (PRU12) Mac lalu kepada 75.1% pada PRKBG sebaliknya memberikan kemenangan kepada PAS.

Dalam pada itu, PAS harus mengambil perhatian dengan berkurangnya undi Melayu yang berlaku dalam PRKBG berbanding apa yang diperolehi pada PRU 12.

Sebarang proses ‘post-mortem’ menilai prestasi PRKBG, PAS wajib mencari jawapan mengapa hanya 43% sahaja undi Melayu yang diperolehi, berbanding 57% yang diraih oleh UMNO/BN.

Mengapakah pada PRU 12 lalu PAS berjaya menarik undi Melayu sebanyak 47%, dan dalam masa hanya setahun, apakah yang menyebabkan undi Melayu merosot sebanyak 4%.


Kontra kepada keadaan tersebut, undi Cina meningkat sebanyak 11% daripada 64% pada tahun lalu kepada 75% pada PRKBG.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/AsmuniAwi.jpgDemikian adalah antara fakta awal PRKBG yang dibentangkan oleh Pengarah Opreasi PRKBG, Tuan Haji Asmuni Awi dalam sidang medianya di Markaz Air Kuning, semalam.

Antara butiran lain yang didedahkan oleh Hj Asmuni adalah, PAS menerima peningkatan undi yang lebih banyak daripada UMNO/BN.

Pertambahan tiga kali ganda berbanding UMNO/BN, PAS mendapat peningkatan sokongan sebanyak 1,845, manakala UMNO/BN meningkat sebanyak 600 undi.

PRKBG juga merumuskan prestasi PAS adalah baik dalam daerah mengundi yang mempunyai pengundi bercampur berbanding BN yang mempunyai prestasi lebih baik di kawasan penduduk Melayu lebih 70%.

Hj Asmuni, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak PAS berkata pengundi Melayu di kampung-kampung luar bandar lebih memihak kepada UMNO/BN.

Menurutnya peningkatan sokongan dari kaum Cina membuktikan PAS memberi layanan yang adil kepada semua bangsa dan agama.

"Rakyat telah melihat bukti dalam masa 10 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri Perak, kaum Cina tidak lagi curiga dan takut kepada PAS sekarang,”katanya

Keputusan PRK Bukit Gantang juga menunjukkan, PAS diterima baik di kawasan majoriti Cina di DUN Kuala Sepetang dan kawasan bercampur DUN Changkat Jering dan DUN Terong.

Dalam PRU12, DUN Changkat Jring dan Kuala Sepetang di menangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala DUN Terong dikuasai oleh UMNO/BN.

Dalam DUN Kuala Sepetang, PAS memenangi 6 daripada 13 UPU berbanding hanya 5 tahun lalu.

Dalam DUN Terong, PAS hanya menang 5 daripada 14 UPU, menurun sebanyak 2 UPU berbanding 7 yang dimenangi pada tahun lalu.

Manakala dalam DUN Changkat Jering, PAS menang 7 UPU daripada 11, turun satu daripada 8 UPU yang dimenanginya pada tahun lalu.

Menurut Hj Asmuni, ia adalah disebabkan oleh faktor calon, Ismail Saffian merupakan anak tempatan.

Daripada 2000 pengundi luar, katanya, 700 telah pulang dan mengundi PAS.

Asmuni, juga sependapat dengan ahli parlimen Bukit Gantang, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamluddin yang menegaskan semalam, keputusan PRKBG adalah satu referendum rakyat Perak terhadap tindakan rampasan kuasa yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang baru, Dato; Seri Najib Razak.



Krew petugas dari PAS kaw Subang baru tiba di MTD Sg Tinggi Dun Trong, waktu 1230hrs. Alhamdulillah kami 4 buah kereta semuanya selamat tiba. Takbir....


Ini wajah ceria dan keletihan 2 jejaka malaya iaitu sdr Wak Said dan sdr Abe Awhere. Amacam ada best kaa ini tempat?...

Ana juga tidak ketinggalan berada dilokasi yang sama. kalau gua takde macamana nak upload berita-berita panas?... Yg sebelah ana pakai vest tu ialah Ust Saiful bg yg belum kenal... K.

Percaya tak kalau kami ni adik beradik kembar?... heee...heeee... mesti tak caya kan? takpe tarak hal punya...

Agak-agak anda kenal tak kereta mamat sorang ni? Peerghh kete ganas siap ada lampu macam kapal terbang lagi... tp yg mahal sebab ada bendera PAS.. yg tu ana tabik lah..

Sungguh tidak disangka selepas solat subuh kami semua dijamu sarapan pagi oleh pihak Rumah Anak Yatim pada pagi tersebut. Syukran jazilan kami semua ucapkan.. Sheikh yg berbaju HIJAU tulah Mudirnya... siap bg layanan mesra lagi... Terima kasih jee.. hulur2 lah wang ringgit tu ya.. Bagi sesiapa yg berminat utk berinfak bolehlah menghubungi saya : email; aminharakah@gmail.com

Sempat lagi belek surat khabar Free Harakah dan Siasah yg ana bawa.. baca-baca jgn tak baca..

Sdr Nasir kita dari mlm tadi senyum jee. Yg Cik Awhere kita ni dah mandi ke belum sbb baju tu dari malam tadi serupa je?

Yes, Hj Mohtar sudah bersiap sedia nampaknya untuk memulakan Operasi Lawan UMNO... Hidup PAS... Takbir Takbir..


Brother ni tak tau macam mana boleh join sekali kat tempat kami. Sbb abg ni orang kampung ana di Sg Besar Selangor.. anyway PAS menghubungkan silaturrahim..

Warga Muslimat kelihatan sedang sibuk mempersiapkan diri untuk menetang musuh Allah iaitu siapa lg kalau bukan UMNO laknatullah.

Mesyuarat muslimat terakhir sebelum berlepas ke UPU masing-masing.

Hening sungguh pagi tersebut, sehening embun pagi yg menyirami bumi...

Macam nilah takyah disuruh, pandai pun jaga keselamatan lalulintas yg bakal sesak tak lama lagi.

Tok 4 (Hj Omar) tu sedang skodeng apa pun ana tak tau yang penting Tok 4 ni sokong PAS...

Inilah wajah pemandangan Rumah Anak Yatim Perempuan di Dun Trong ini, agak dhaif dan perlu banyak lagi pembangunan juga sumbangan wang ringgit.. marilah kawan-kawan kita mendermakan harta kita yg mana ada. mudah-mudahan Allah merahmati kita di hari akhirat nanti.. Amin

Muslimat Sedang berlepas kelokasi masing-masing.


Gambar kenang-kenangan bersama Paklah, Wak Said, En Othman Ludin, Ust Jamal dan Ust Saiful. Selamat datang ke UPU Air Terjun Dun Trong Parlimen Bkt Gantang.
Ahlan Wasahlan..



Asyik ambil gambar orang jee.. ana pun nak juga gambar kenangan dengan YB Dato' Seri Nizar. Gambar pun jadilah...ye tak? Yg tak pegi nasib laa korang.

Hebat... Sungguh unik dan simbolik.. Hasil kreatif para semua petugas PAS UPU Air Terjun. Siap buat replika air terjun lagi..

Posing jangan tak posing...

UMNO memang Parti Rasuah..

Gerak kerja sedang bermula...

Markas tempat berkumpul dan membahagikan tugas..

Ketua Kampung Kubu Gajah.. Hj Nan memang pakar dalam membancuh minuman. Sedap dan banyak terima kasih. Santai jee ji?

Kelab penyokong PAS warga cina tempatan dan luar kawasan, tidak lupa menghulurkan bantuan dalam merayu undi pada hari tersebut.






Ana memang respek dengan ini brother, walaupun matanya BUTA tetapi tetap utuk membantu berkempan berhabis habisan.. yg punya kudrat tak cacat dan celik mata penglihatan tak insaf-insaf lagi ker? Bila lagi nak berjihad dalam menegakkan Islam di muka bumi. jawablah.... ana cabar korang semua yang jenis suka sambil lewa dan tak pernah ambil POT....

Wah... releks sakan nampak?

Syabas wahai anak muda... Salam perjuangan.. diaorang ni adik beradik tau.. walaupun sibuk mereka tak lupa tanggungjawab.

Amacam?.. ok ke fesyen macam ni kalau jalan depan orang UMNO?

Gatal betul mamat sorang ni.. ana dah suruh jauh dia tetap nak ambil gambar kat budak2 pompuan ni.. ishkk...

Haaa.. nasib baik dengar kata..

Letih berdiri ke Ust? macam dah nak tombang je ana tengok.

Ini semua muka-muka tokey cina yang sokong kita (PAS) habis-habisan.. wa caya sama lu apek..
tengkiu... tengkiu... hooo..

Tokey ni siap bagi elektrik percuma lagi untuk Pondok panas PAS.. Telima kasih hoo.. Itu sebab gua tarak lupa lu punya muka mesti gua kasi upload dalam gua punya blog..


Sapa cakap kita PAS perkauman. nah terserlah orang melayu boleh lepak sekali dengan orang cina hari ni..


Ini pulak surprise yang luar biasa, Brother india 2 org ni siap bagi ikan punya la besar. kalau tak silap ikan jenis Tongshan.. kasi masak kari sedap woo..
UMNO nak dapat ikan ni soli laa...

Tak nampak ikan ini pun kata taknak UMNO..

Sbb ikan ini ikan PAS lahh...

Ada la beratnya dalam 7-8 KG. Goreng pun sodap..



Terima Kasih Dr Mariah Mahmud kerana sudi melawat para pengundi dan para petugas semua.


Senator Ust Hj Hassan Syukri juga tidak ketinggalan melawat kami di Air Terjun.



Ini lah muka-muka samseng UMNO... kalau jumpa kat mana-mana jgn kasi can tau, bedal je.


Hak peluk tubuh baju warna putih tu Bos depa Samseng kg Dusun, Megat Zulkarnain Omar Din dari pemuda gombak. hebat ker? mati karang tau la..



Oihhh jawab phone pun ada stail..