

Kota Bharu- Menteri Besar Kelantan melahirkan rasa dukacita di atas tindakan pihak tertentu yang mempolitikkan tindakan seorang pemimpin DAP Nga Kor Ming, membaca al-Quran.
Menurut Nik Aziz, seharusnya umat Islam memberi galakan kepada orang bukan Islam berbuat demikian sebagai satu usha mendekatkan mereka dengan Islam.
Kata beliau, sekiranya bacaan mereka tidak betul, adalah amat wajar ia diperbetulkan dan bukannya dikecam memandangkan Islam sendiri tidak menghalang orang bukan Islam tersebut membaca ayat-ayat suci al-Quran.
"Kalau nak kira betul, kita orang Melayu (Islam) sendiri masih ramai yang baca tidak betul (bacaan), kalau tak betul, perbetulkanlah bacaannya dan bukan dikecam". kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco , di Kota Bharu Kelantan.
Malah beliau menambah , kerana ceteknya fahaman agama juga orang bukan Islam masuk pagar masjid juga dimarahi sedangkan perkara itu tidak menjadi masalah dalam Islam.
"Zaman Rasulullah dahulu apabila orang bukan Islam ingin berjumpa Baginda di mana lagi kalau bukan di masjid tempatnya," ujarnya lagi.
Dengan perkembangan itu kata Nik Aziz, jelas betapa berbezanya cara berfikiran umat Islam sekarang dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Maulidurrasul tiap-tiap tahun tak tinggal.
No comments:
Post a Comment