

Peningkatan sebanyak 2.5% keluar mengundi, daripada 72.6% pada pilihanraya umum ke 12 (PRU12) Mac lalu kepada 75.1% pada PRKBG sebaliknya memberikan kemenangan kepada PAS.
Dalam pada itu, PAS harus mengambil perhatian dengan berkurangnya undi Melayu yang berlaku dalam PRKBG berbanding apa yang diperolehi pada PRU 12.
Sebarang proses ‘post-mortem’ menilai prestasi PRKBG, PAS wajib mencari jawapan mengapa hanya 43% sahaja undi Melayu yang diperolehi, berbanding 57% yang diraih oleh UMNO/BN.
Mengapakah pada PRU 12 lalu PAS berjaya menarik undi Melayu sebanyak 47%, dan dalam masa hanya setahun, apakah yang menyebabkan undi Melayu merosot sebanyak 4%.
Kontra kepada keadaan tersebut, undi Cina meningkat sebanyak 11% daripada 64% pada tahun lalu kepada 75% pada PRKBG.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita3/AsmuniAwi.jpgDemikian adalah antara fakta awal PRKBG yang dibentangkan oleh Pengarah Opreasi PRKBG, Tuan Haji Asmuni Awi dalam sidang medianya di Markaz Air Kuning, semalam.
Antara butiran lain yang didedahkan oleh Hj Asmuni adalah, PAS menerima peningkatan undi yang lebih banyak daripada UMNO/BN.
Pertambahan tiga kali ganda berbanding UMNO/BN, PAS mendapat peningkatan sokongan sebanyak 1,845, manakala UMNO/BN meningkat sebanyak 600 undi.
PRKBG juga merumuskan prestasi PAS adalah baik dalam daerah mengundi yang mempunyai pengundi bercampur berbanding BN yang mempunyai prestasi lebih baik di kawasan penduduk Melayu lebih 70%.
Hj Asmuni, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak PAS berkata pengundi Melayu di kampung-kampung luar bandar lebih memihak kepada UMNO/BN.
Menurutnya peningkatan sokongan dari kaum Cina membuktikan PAS memberi layanan yang adil kepada semua bangsa dan agama.
"Rakyat telah melihat bukti dalam masa 10 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri Perak, kaum Cina tidak lagi curiga dan takut kepada PAS sekarang,”katanya
Keputusan PRK Bukit Gantang juga menunjukkan, PAS diterima baik di kawasan majoriti Cina di DUN Kuala Sepetang dan kawasan bercampur DUN Changkat Jering dan DUN Terong.
Dalam PRU12, DUN Changkat Jring dan Kuala Sepetang di menangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala DUN Terong dikuasai oleh UMNO/BN.
Dalam DUN Kuala Sepetang, PAS memenangi 6 daripada 13 UPU berbanding hanya 5 tahun lalu.
Dalam DUN Terong, PAS hanya menang 5 daripada 14 UPU, menurun sebanyak 2 UPU berbanding 7 yang dimenangi pada tahun lalu.
Manakala dalam DUN Changkat Jering, PAS menang 7 UPU daripada 11, turun satu daripada 8 UPU yang dimenanginya pada tahun lalu.
Menurut Hj Asmuni, ia adalah disebabkan oleh faktor calon, Ismail Saffian merupakan anak tempatan.
Daripada 2000 pengundi luar, katanya, 700 telah pulang dan mengundi PAS.
Asmuni, juga sependapat dengan ahli parlimen Bukit Gantang, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamluddin yang menegaskan semalam, keputusan PRKBG adalah satu referendum rakyat Perak terhadap tindakan rampasan kuasa yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang baru, Dato; Seri Najib Razak.
Krew petugas dari PAS kaw Subang baru tiba di MTD Sg Tinggi Dun Trong, waktu 1230hrs. Alhamdulillah kami 4 buah kereta semuanya selamat tiba. Takbir....
Ini wajah ceria dan keletihan 2 jejaka malaya iaitu sdr Wak Said dan sdr Abe Awhere. Amacam ada best kaa ini tempat?...
Brother ni tak tau macam mana boleh join sekali kat tempat kami. Sbb abg ni orang kampung ana di Sg Besar Selangor.. anyway PAS menghubungkan silaturrahim..
Gambar kenang-kenangan bersama Paklah, Wak Said, En Othman Ludin, Ust Jamal dan Ust Saiful. Selamat datang ke UPU Air Terjun Dun Trong Parlimen Bkt Gantang.
Ahlan Wasahlan..
Ana memang respek dengan ini brother, walaupun matanya BUTA tetapi tetap utuk membantu berkempan berhabis habisan.. yg punya kudrat tak cacat dan celik mata penglihatan tak insaf-insaf lagi ker? Bila lagi nak berjihad dalam menegakkan Islam di muka bumi. jawablah.... ana cabar korang semua yang jenis suka sambil lewa dan tak pernah ambil POT....
tengkiu... tengkiu... hooo..
Ini pulak surprise yang luar biasa, Brother india 2 org ni siap bagi ikan punya la besar. kalau tak silap ikan jenis Tongshan.. kasi masak kari sedap woo..
UMNO nak dapat ikan ni soli laa...
Hak peluk tubuh baju warna putih tu Bos depa Samseng kg Dusun, Megat Zulkarnain Omar Din dari pemuda gombak. hebat ker? mati karang tau la..
No comments:
Post a Comment