MAKLUMAN &PROMOSI HEBAT MUSLIM PACKAGE


Ingin melancong ke Padang- Bukit Tinggi Indonesia. Ayuh pendaftaran kini dibuka. Harga promosi & istimewa menanti anda. Tawaran Pakej Emas, Padang-Bukit Tinggi akan diberikan kpd 30 orang yg mendaftar awal. Berapa??? Hubungi sy 016-3359234.

Promosi Telekung Sutera Sulaman Tangan Gred (A) beli terus dari Bandung Indonesia utk myambut Ramadhan & Aidulfitri. Tawaran harga Borong,Hanya RM85spsg. Pasaran di M'sia sekitar RM180-RM280 spsg. Kami hanya menerima 30psg tempahan shj. Tarikh tutup tempahan sebelum 27 Jul 2010. Hubungi segera 0163359234. Kini sudah 13... psg tempahan diterima. Kami akan ke Bandung pada 29 Jul - 01 Ogos 2010. Call us now. TK


Monday, May 11, 2009

NIZAR MENANG SEBAGAI MB PERAK YG SAH

Eksklusif: Kes MB Perak, Terkini Dari Mahkamah

NIZAR MENANG !! Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Membuat Keputusan Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin Adalah Menteri Besar Perak Yang Sah?

TERKINI: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah sebentar tadi. Tahniah buat seluruh rakyat Perak. Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, sebentar tadi. Selamat kembali ke Kediaman Menteri Besar dan memerintah Negeri Perak Darul Ridzuan buat Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin. Takbir !!!!.

Kes MB Perak, Mahkamah Tinggi Jadi Tumpuan

KUALA LUMPUR [2.30 pm] - Rakyat Malaysia diseluruh negara kini ternanti-nanti satu detik paling bersejarah dalam politik tanahair yang akan meredakan seikit kemelut di negeri Perak. Sebentar lagi Hakim Mahkamah Tinggi Kual Lumpur akan membacakan keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah. Suasana di kawasan perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta kin penuh sesak dengan orang ramai yang tidak sabar-sabar lagi untuk mendengar keputusan tersebut. Sementara itu Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin (foto) dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tiba di kawasan pekarangan mahkamah sekitar jam 2.15 petang tadi. Sebelum itu peguam kedua-dua belah pihak didapati telah tiba. Keadaan masih masih lagi tenang dan kelihatan beberapa buah trak FRU mula memasuki kawasan pekarangan mahkamah.

[Rakyat sebenarnya sekaan-akan boleh menjangkakan apakah keputusan yang akan berlaku sebentar lagi. Namun, segalanya terletak kepada kebijaksanaan Tuan Hakim. Jika beliau memang telus dan tidak bias kepada mana-mana pihak dan memegang prisnip undang-undang itu sendiri maka sesuatu yang luar biasa akan berlaku. Namun jika Hakim ditekan ikut "pintu belakang" bagi membuat keputusan ini, maka sudah pasti kita sebenarnya boleh menjangka apakah keputusan yang bakal dibacakan].

No comments:

Post a Comment