MAKLUMAN &PROMOSI HEBAT MUSLIM PACKAGE


Ingin melancong ke Padang- Bukit Tinggi Indonesia. Ayuh pendaftaran kini dibuka. Harga promosi & istimewa menanti anda. Tawaran Pakej Emas, Padang-Bukit Tinggi akan diberikan kpd 30 orang yg mendaftar awal. Berapa??? Hubungi sy 016-3359234.

Promosi Telekung Sutera Sulaman Tangan Gred (A) beli terus dari Bandung Indonesia utk myambut Ramadhan & Aidulfitri. Tawaran harga Borong,Hanya RM85spsg. Pasaran di M'sia sekitar RM180-RM280 spsg. Kami hanya menerima 30psg tempahan shj. Tarikh tutup tempahan sebelum 27 Jul 2010. Hubungi segera 0163359234. Kini sudah 13... psg tempahan diterima. Kami akan ke Bandung pada 29 Jul - 01 Ogos 2010. Call us now. TK


Monday, January 19, 2009

السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته
بسم الله الر حمن الر حيم


Segala pujian dilimpahkan ke hadrat Allah s.w.t. serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. juga ahli keluarganya dan para sahabat yang dikasihi. Bersyukur kepada Allah s.w.t. mudah-mudahan kita semua sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa dirahmati, diberkati dan diberi petunjuk Islam dan iman didunia mahupun diakhirat.

Seiring dengan perubahan zaman yang sedang berkembang pesat dan maju, masyarakat islam kita pada hari ini sebenarnya amat ketinggalan jauh kebelakang baik dari segi sahsiah, politik, ekonomi, pendidikan Islam mahupun ketamadunan Islam itu sendiri.

Majoritinya masyarakat Islam kita pada hari ini lebih berlumba-lumba mencari kekayaan yang bersifat peribadi sehingga begitu ramai yang telah lupa, apakah matlamat hidup yang sebenarnya sepertimana yang dituntut oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w.

Akibat daripada nafsu dan kelalaian sesetengah golongan ibubapa, maka pada hari ini jelas kita lihat ramai muda-mudi khususnya golongan remaja mula berjinak-jinak dan tidak kurang telah lama terjebak dengan ketagihan dadah, arak, perjudian, bohsia, seks bebas dan bermacam-macam lagi aktiviti yang tidak bermoral. Malah yang lebih memalukan kebanyakan dari mereka adalah individu beragama Islam dan berketurunan Melayu.

Ini disebabkan kebanyakan ibubapa yang tinggal dibandar-bandar besar masing-masing sibuk bekerja siang dan malam dan oleh sebab itu terjadilah banyak kebocoran pemantauan pembesaran anak-anak yang rata-rata ibubapa hanya mengharapkan bantuan guru-guru dan pihak sekolah semata-mata sebagai pendidik dan pengawal anak mereka.

Oleh yang demikian saya berasa sudah sampai waktu dan ketikanya pihak berkuasa tempatan, pimpinan masyarakat, para Ulama’dan terutama sekali pihak Masjid wajiblah berusaha bersama-sama memberi kesedaran, membendung dan memulihara anak bangsa kita dari terus melarat dan hanyut didalam arus kemaksiatan.

Jesteru itu saya dan ahli qariah yang lain ingin mencadangkan kepada pihak Masjid Bandar Baru Sg Buloh dan jawatankuasanya agar sama-sama mewujudkan satu program yang dikenali sebagai PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN CEMERLANG (PPIC).

Dengan adanya PPIC ini mudah-mudahan ianya akan menjadi “One Stop Solution” untuk masyarakat Islam seluruhnya dan menjadikan setiap Masjid berfungsi sebagai pusat ilmuan yang hebat juga mampu mengisi masa setiap warga, samaada untuk masyarakat dewasa dan muda tidak ketinggalan khusus buat anak-anak remaja kita semua.

Diharap kesinambungan daripada program yang bakal di hidupkan ini, mudah-mudahan ianya mendapat keberkatan dan boleh melahirkan ramai lagi insan-insan yang berilmu, celik agama, berketerampilan dan mampu menjadi pemimpin yang baik lagi berakhlak mulia. Malah muda-mudi ini juga diharap supaya menjadi pemangkin dan pelapis pejuang Islam seperti dizaman kegemilangan Islam suatu masa dahulu.

Segala kekurangan yang terdapat didalam usaha pembangunan program ini saya ingin memohon jutaan kemaafan dan semoga ianya menjadi asbab dalam perkembangan syariatNya. Hayatilah kerana esok takkan sama seperti hari ini sebagaimana kelmarin sudah kita ketahui rasanya.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
امين الدين امير حسين منحاج. ورڬا فريهاتين- مسجيد بندر بارو سوڠي بولوه سلاڠور دارالاحسان

No comments:

Post a Comment